Siti Adibah

Roti Manis

0


Dah lama teringin nak buat roti sendiri dekat rumah
so, alang-alang semalam keluar pergi klinik, 
beli sekali bahan-bahan untuk buat roti ni..
hilang kempunan melepaskan hajat.. =)) 




Roti Manis

Bahan-bahan yang diperlukan
Resepi asal oleh  [ Roti Mama Fami @ Mat Gebu ]   

400g tepung roti ( high-protein flour)
6 g garam
4g bread improver
5 g gluten ( mat ganti dgn bread softerner)
80g gula halus
11 g instant yis
1 biji telur gred A
190 g air
30 g mentega
30g lemak sayur

Bahan- bahan yang saya guna 
(buat 1/2 adunan sahaja)

200g tepung gandum [ tak ader tepung roti]
sedikit garam 
1/8  lebih sikit tsp bread improver [ agak-agak 2g kot]
1/8  lebih sikit tsp pelembut roti [ agak-agak 2g kot ]
40g gula 
1 tsp yis kering segera [lebih kurang half paket yis]
1/2 biji telur [tapi saya lupa nak masukkan, huhuhuhu]
95g air = 95ml [ agak-gak doh dah lembut]

50 g butter 


Topping 


baki telur + 2g air + susu + madu beberapa titik 
sosej
mayonis
sos cili life
cheese


Cara-Caranya 


kepada mereka yang ada bread maker, masukkan sahaja semua dalam bread maker tu,
 pilih setting doh, klik button ON dan tunggu dia berhenti eh, lepastu biarkan sebentar dalam breadmaker selama 10 minit


kepada mereka yang macam saya, tak ada bread maker, jom kita uli doh.. =))
masukkan tepung + garam dan semua bahan lain kedalam bekas kecuali telur ,yis dan air, dan gaulkan
buat lubang tengah-tengah dan masukan 1/2 telur , gaul kan 
----[tapi telur saya lupa, huhuhu... takpe, roti sedap juga =] ---


kemudian masukkan yis kering tadi dan air, 
uli hingga jadi doh, 
[sampai tepung dah tak melekat dekat tangan]


**Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakan doh didalam plastik tu, ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 8-10 minit,, keluarkan dan uli semua dalam bekas adunan, nanti dapat doh yang lembut dan elastik. =))


lepastu, tutup doh dengan plastik wrap ataupon kain lembab dan biarkan dia di kawasan suam untuk kembang 2 kali ganda. kemuadian tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin


kemuadian bahagi-bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, dan biarkan selama 7-8 minit


selepas itu, boleh la membentuk doh mengikut bentuk yang dikehendaki


Roti Sosej Gulung


ambil 1 bahagian daripada doh tadi, dan tarik dia biar panjang-panjang, dan lilitkan dekat sosej






tada!! jadi macam ni =))






Roti Sosej berpintal


ambil 1 bahagian kecil doh tadi, kemudian lenyek dengan roller seperti kuih karipap,
letakkan sosej dan gulungkan dia
dengan menggunakan pisau, potong sampai habis sosej , [seperti gambar] 
tapi jgn sampai terpotong doh lapisan bawah sekali, 
nanti terputus






kemudian pintalkan doh dengan tarik doh ke kiri dan ke kanan, 
sehingga jadi macm tu~ 
tada!! dah siap!! =))


Roti Manis Biasa


beberapa bahagian kecil doh tadi, dibulat-bulatkan untuk dapatkan struktur yang cantik
disusun jarak-jarak dalam loyang 



**yang ini bukan aku punya eh, ni encik google yang punya,
aku lupa tangkap gambar doh yang ini~ huhuhuhu **



selepas siap membentuk doh kepada bentuk-bentuk yang diingini, 
biarkan doh kembang sebentar [untuk dapatkan tekstur yang cantik]


bila dah kembang, 
 sapukan topping dipermukaan nya 
[baki telur + susu +air +madu]  untuk roti manis biasa dan roti sosej gulung


taburkan mayonise, sos cili, cheese keatas permukaan roti sosej berpintal
nak letak sayur lobak potong dadu pon boleh =))


kemudian bolehlah bakar selama 15-20 minit ataupon sehingga roti keperang-perangan,pada suhu 160c,
**suhu, bergantung kepada oven masing-masing eh** 



roti sosej gulung mini



Roti Manis biasa


Roti Sosej berpintal yang dibakar bersama topping, dan juga tiada topping

yeah!! yummy~yummy~ =))

dapat buka puasa dengan roti panas-panas baru lepas bakar~ hehe
alhamdulillah..mak cakap "sedap!!" 
abah cakap.. waktu marhaban boleh buat lagi ni~ huh?? marhaban.. ayoyoyooyo~ O.0!!



**first time buat roti sendiri.. maaf dengan segala kekurangan eh, decorate pon tak cantik, huhu 

0 comments:

Post a Comment