Siti Adibah

Event TM

0
Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, diba baru je settle jadi pengiring untuk mak and adeq dalam pertandingan Tilawah alquran dan Hafazan TM peringkat Negeri Johor.

T.M Kluang telah dipilih utuk menjadi tuan rumah untuk upacara kali ini. alhamdulillah layanan yang kami terima pon sangat berpuas hati. Alhamdulillah, tahniah kepada mak, kerana merangkul gelaran johan kali ke dua dalam acara hafazan kali ini, dan kepada adik, alhamdulillah dapat naib johan. kalah adeq, kalah bermaruah, sbb dia kalah dengan johan kebangsaan tahun lepas, tak pe, teruskan usaha k hazim~ hehe

diba teman mak sehingga hafazan tamat, semua golongan peserta ada, kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan, fuh... semua baca dengan jayanya. ada juga gelagat adeq2 yang tak kering gusi ketika sedang membaca di depan hakim, heheheh~





alhamdulillah, tepat jam 2.30 upacara penyampaian hadiah berlangsung, dan semua peserta dan para pemenang bergambar. setiap johan setiap kategori akan diberi taklimat khas sebagai persiapan untuk ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung bulan 11 ini di putrajaya. InsyaAllah.


ni muka adeq comel yang duduk depan diba, serius muka dia sangat comel, bulu mata dia, sAubhanallah, melentik dan panjang sungguh.


0 comments:

Post a Comment