Siti Adibah

Roti Manis



Dah lama teringin nak buat roti sendiri dekat rumah
so, alang-alang semalam keluar pergi klinik, 
beli sekali bahan-bahan untuk buat roti ni..
hilang kempunan melepaskan hajat.. =)) 




Roti Manis

Bahan-bahan yang diperlukan
Resepi asal oleh  [ Roti Mama Fami @ Mat Gebu ]   

400g tepung roti ( high-protein flour)
6 g garam
4g bread improver
5 g gluten ( mat ganti dgn bread softerner)
80g gula halus
11 g instant yis
1 biji telur gred A
190 g air
30 g mentega
30g lemak sayur

Bahan- bahan yang saya guna 
(buat 1/2 adunan sahaja)

200g tepung gandum [ tak ader tepung roti]
sedikit garam 
1/8  lebih sikit tsp bread improver [ agak-agak 2g kot]
1/8  lebih sikit tsp pelembut roti [ agak-agak 2g kot ]
40g gula 
1 tsp yis kering segera [lebih kurang half paket yis]
1/2 biji telur [tapi saya lupa nak masukkan, huhuhuhu]
95g air = 95ml [ agak-gak doh dah lembut]

50 g butter 


Topping 


baki telur + 2g air + susu + madu beberapa titik 
sosej
mayonis
sos cili life
cheese


Cara-Caranya 


kepada mereka yang ada bread maker, masukkan sahaja semua dalam bread maker tu,
 pilih setting doh, klik button ON dan tunggu dia berhenti eh, lepastu biarkan sebentar dalam breadmaker selama 10 minit


kepada mereka yang macam saya, tak ada bread maker, jom kita uli doh.. =))
masukkan tepung + garam dan semua bahan lain kedalam bekas kecuali telur ,yis dan air, dan gaulkan
buat lubang tengah-tengah dan masukan 1/2 telur , gaul kan 
----[tapi telur saya lupa, huhuhu... takpe, roti sedap juga =] ---


kemudian masukkan yis kering tadi dan air, 
uli hingga jadi doh, 
[sampai tepung dah tak melekat dekat tangan]


**Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik bersih dan letakan doh didalam plastik tu, ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 8-10 minit,, keluarkan dan uli semua dalam bekas adunan, nanti dapat doh yang lembut dan elastik. =))


lepastu, tutup doh dengan plastik wrap ataupon kain lembab dan biarkan dia di kawasan suam untuk kembang 2 kali ganda. kemuadian tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin


kemuadian bahagi-bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, dan biarkan selama 7-8 minit


selepas itu, boleh la membentuk doh mengikut bentuk yang dikehendaki


Roti Sosej Gulung


ambil 1 bahagian daripada doh tadi, dan tarik dia biar panjang-panjang, dan lilitkan dekat sosej






tada!! jadi macam ni =))






Roti Sosej berpintal


ambil 1 bahagian kecil doh tadi, kemudian lenyek dengan roller seperti kuih karipap,
letakkan sosej dan gulungkan dia
dengan menggunakan pisau, potong sampai habis sosej , [seperti gambar] 
tapi jgn sampai terpotong doh lapisan bawah sekali, 
nanti terputus






kemudian pintalkan doh dengan tarik doh ke kiri dan ke kanan, 
sehingga jadi macm tu~ 
tada!! dah siap!! =))


Roti Manis Biasa


beberapa bahagian kecil doh tadi, dibulat-bulatkan untuk dapatkan struktur yang cantik
disusun jarak-jarak dalam loyang 



**yang ini bukan aku punya eh, ni encik google yang punya,
aku lupa tangkap gambar doh yang ini~ huhuhuhu **



selepas siap membentuk doh kepada bentuk-bentuk yang diingini, 
biarkan doh kembang sebentar [untuk dapatkan tekstur yang cantik]


bila dah kembang, 
 sapukan topping dipermukaan nya 
[baki telur + susu +air +madu]  untuk roti manis biasa dan roti sosej gulung


taburkan mayonise, sos cili, cheese keatas permukaan roti sosej berpintal
nak letak sayur lobak potong dadu pon boleh =))


kemudian bolehlah bakar selama 15-20 minit ataupon sehingga roti keperang-perangan,pada suhu 160c,
**suhu, bergantung kepada oven masing-masing eh** 



roti sosej gulung mini



Roti Manis biasa


Roti Sosej berpintal yang dibakar bersama topping, dan juga tiada topping

yeah!! yummy~yummy~ =))

dapat buka puasa dengan roti panas-panas baru lepas bakar~ hehe
alhamdulillah..mak cakap "sedap!!" 
abah cakap.. waktu marhaban boleh buat lagi ni~ huh?? marhaban.. ayoyoyooyo~ O.0!!



**first time buat roti sendiri.. maaf dengan segala kekurangan eh, decorate pon tak cantik, huhu 

Roti Jala



Idea nak buat roti jala ni tetiba je datang, 
hujung-hujung lagi 30 minit nak buka, haha!
mungkin sebab tengok lauk berbuka hari ni tak ada kuih, 
alang-alang mak masak kari, 
ting!~ting! jom buat roti jala

**padahal belum pernah langsung buat roti jala ni~
terdetik di fikiran  " jadi roti kirai agaknya nanti, 
ah!~  buat je la~ ''  haha!~   

so, apa lagi, godah resepi dekat internet
dan inillah hasilnya~ =))


Roti Jala

Bahan-bahan yang diperlukan

300g tepung gandum
4 cawan air masak 
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning, guna serbuk kunyit pon boleh, =))


Cara-Caranya

Air Masak, 1 biji telur dan sedikit garam, dimasukkan dalam bekas, 
dan gaul untuk cukup-cukup rata je

then, masukkan acuan dalam blender bersama tepung, 
suka hati korang la eh nak blend berapa lama, 

adjust acuan korang supaya jgn terlalu cair, or jgn terlalu pekat eh




make sure tapis acuan yang baru di blend tadi eh, 
untuk asingkan apa-apa yang boleh membuatkan cetak roti jala tersumbat, =)) 
especially buih-buih lepas blend tadi~ 




inilah cetak roti jala tu, =)) 
bila kuali dah betul-betul panas, 
guna cetak ni untuk ambil acuan tadi,  
dekatkan sedikit dengan kuali, dan pusing-pusingkan atas kuali tu, hehe




mulakan dengan pusingan bulatan yang besar hingga ke bulatan yang kecik, 
masak dengan api sederhana, tunggu hingga agak-agak dah boleh angkat~ 

nak pusing ikut suka hati??? boleh jew~  asalkan tak puus-putus jadi roti kirai ~ =))


**jgn gelak tau~ ini baru first time buat roti jala~ belum pro lagi ni, huhu, 



tada!! dah jadi, tak sabar nak makan panas-panas semasa buka nanti~ =))


** kalu ada yang berkenan nak lipat or gulung roti jala ni pon boleh jew, =))




boleh la dimakan bersama kari ayam .. nyum-nyum~ sedap!! =))
p/s~ kari ayam tu, mak yang buat eh, bukan saya~  hehe~ 



alhamdulillah~ kenyang perut mak ngan abah, 
 lepas ni cuba lagi~ =))



Selamat Mencuba!! =)

Puding Kastard Berkuah

 sejak dua menjak ni, abah suka order something yang best2..
semalam dia bawa balik bahan-bahan untuk buat puding

katanya " de, besok buat puding eh, ni barang nye, abah dah beli dah ni"
saya " huh??? aaa ok2"

sebelom ni dah penah buat puding, 
tapi tak salahkan tambah ilmu belajar resepi dari internet,
hikhikhik~ btw, ini la hasilnya puding tangan air saya sendiri, =))




Puding Kastard Berkuah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk puding

1 cawan tepung kastard
4 cawan air 
3 sudu gula
sedikit susu cair, 

Cara-Caranya

1 cawan tepung kastard bersama 4 cawan air, dimasukkan kedalam periuk



then masukan 3 sudu gula pasir dan sedikit susu cair, sikit je, tak yah banyak2, 
lepastu masak atas api sederhana,sampai dia likat, then masukkan dalam bekas yang diingini, 



tada!! puding dah jadi.. 
make sure bekas untuk letak puding ni, dibasahkan terlebih dulu, 
supaya senang nak keluarkan puding, kemudian, 
biarkan puding tu diluar sekejap, 
agak-agak dah suam, baru masukkan dalam peti sejuk, 
kalu tak, nanti peti sejuk cepat rosak, 



Bahan-bahan untuk kuah

1 tin susu cair, -- baki guna sikit untuk dalam puding pon tak apa, 
1 tin mix fruit cocktail
1 1/2 cawan air
4 sudu gula
2 sudu tepung kastard


Cara-Caranya

1 tin susu cair dimasukkan kedalam periuk, saya guna marigold, pastu masukkan 4 sudu besar gula pasir


lepas tu, masukkan 2 sudu tepung kastard, 
then, masukkan air mix fruit cocktail tadi, air dulu eh, buah nanti
ala, air buah-buahan campuran tadi,
kacau atas api sederhana, sampai gula larut


bila gula dah larut, masukkan buah-buahan tadi,

**kalu ada yang berkenan nak masak sampai kuah pekat sikit, boleh jew,
ikut suka tekak korang la eh


tada!! kuah dah siap~ =))
boleh la masukkan dalam peti sejuk, 
tapi make sure bila dia dah suam eh, 
nanti peti sejuk tu terkejut, 



eh, eh, dah azan.. yea.. dah buka.. hehe~ 
tengok baby tu macam tengah azan.. 
comel kan??? 
=))



yeah~ apabila 2 hati bersatu~
ecececee~ siap dah..
makan semasa sejuk.. sedap!! =)) 

**alamak, bersepahnye pudingku dengan buah-buahan tu**
huhuhuhuhu



tapi macam ni la rupa dia bila tangkap gambar dekat-dekat~ 
sedap tu memang kompem la,
hehe~ 


selamat mencuba!! =))



Sirap Bandung Soda


Mungkin abah kempunan nak rasa sirap bandung soda agaknye, 
alang2 dekat rumah ada lagi air aiskrim soda, abah pon minta buatkan air bandung soda..
waa~ syuka!! nyum~nyum~nyum~

kecur tekak tengok air ni dengan gembiranya dia sebati dengan ais-ais tu.. hehe



Sirap Bandung Soda 

Bahan-bahan yang diperlukan

Perisa sirap / ibu sirap
susu cair
gula
air putih secukupnya
ais krim soda
ais secukupnya

Cara-caranya

ibu sirap, susu cair, gula dan air dicampurkan semua didalam bekas.  lepastu betulkan rasa acuan tu sampai warna dan kemanisan air bandung tu ikut citarasa tekak korang la eh, 


Bila tekak dah kata ok,cun! sedap!, boleh la masukkan ais krim soda kedalam air bandung tadi,
pastu, kacau.. dan kacau,..dan kacau... hehehe,
make sure sentiasa kacau semasa memasukkan soda eh.
taruh la agak2 kuantiti soda seimbang dengan kuantiti air bandung tu,
kalu terlebih, manis sangat nt, hehe
saya guna ais krim soda mcm zaman dulu-dulu.. tu yang botol dia lain.. hehehe~


 akhir sekali, boleh la taruhkan ais kedalam air bandung tu,  kacau lagi sampai sebati..tada!!! siap!! hehehe..cuba lihat.. acuan air bandung tu kelihatan sangat gembira dengan kehadiran ais-ais keliling dia.. hehehe.... nyum~nyum~ =))

Summer
.fuh!~~ sedap!!!



akhir sekali, kalu ada yang berkenan nak campur cincau, bolehlah  taruh selepas letak ais.. jadilah sirap bandung soda cincau, heheheheheh~..  wow!!

**petua~ jgn letak cincau awal.. nanti cincau tenggelam dekat dasar air.. =))

Selamat Mencuba!! =))



Wait!! wait!! jap!! jap!! jgn pergi dulu!!

Ais krim Soda vs susu

aiskrim soda perlu diletak kemudian setelah susu dimasukkan, 
seandainya aiskrim soda ditaruh kedalam air sebelum susu dimasukkan, 
alamatnya, susu tu nanti akan berketul-ketul terapung di permukaan air, 
dia tak boleh sebati,
nanti jadi mcm susu basi tu.. ouch!!! 

so : jangan letak susu selepas masukkan aiskrim soda~ =)) 
satu lagi, jgn campur air, biar ais tu yang cair eh, 

Selamat Mencuba!! =))  



ini lah botol soda yang  saya guna, 
zaman dulu-dulu punya botol.. heheheheh~ 
soda jenis ni gas dia tak banyak.. 
jadi saya tak taruh garam sikit untuk hilangkan gas,..

**nanti boleh main ceper~~ =))
betul ke sirap bandung soda ni top di johor, tempat lain??
erm.... 

begedil ayam

salam.. dan selamat berpuasa semua, 
hari ni kita akan berbuka puasa bersama bergedil ayam.. hehe~ 
ehem--ehem- 
actually bergedil ayam ni arwah nenek yang ajar masa kecik2 dulu~ cuma bila dah besar.. saya modified sikit~ hehehe~ 





Begedil Ayam 

:: bahan-bahan yang diperlukan ::

2 biji kentang
segenggam ayam yang telah di cincang
3 biji bawang merah kecil
2 batang daun sadri/sup
sedikit black papper
sedikit garam secukup rasa 
1 biji telur

::cara-caranya::

2 biji kentang dibuang kulit, dibasuh dan direbus sehingga empuk, (ambil garfu dan cucuk tengah kentang utk uji dah empuk atau belum, kalu belum boleh cucuk maksudnya belum empuk la tu) 

setelah empuk, toskan ia sebentar


sambil tunggu kentang empuk, ambil 3 biji bawang merah kecil dibuang kulit, dibasuh dan dihiris halus utk digoreng, 2 batang daun sup/sadri dibasuh dan dicincang halus,  


lenyek-lenyekan kentang yang telah empuk itu didalam bekas, jgn terlalu lenyek, kalu lembut sangat payah nt, 


masukkan segenggam ayam dicincang halus yang telah digaul dengan sedikit garam, bawang merah yang telah digoreng, daun sup/sadri yang telah dicincang halus dan juga sedikit black paper kedalam bekas kentang yang telah dilenyek tadi, gaul semua hingga agak-agak rata, 

kemudian, bentuk-bentukkan campuran tadi menjadi bentuk yang senang dimakan, 

didalam bekas yang berlaian, 1 biji telur yang telah dibasuh, dipecahkan dan dipukul seperti hendak buat telur dadar, 


kentang yang telah dibentuk-bentuk tadi dicelup kedalam telur, dan terus masukkan kedalam kuali yang berisi minyak panas, 

bila dah nampak garing, angkat dan toskan sebentar minyak dia, 

bolehlah dihidang diatas pinggan yang dilapis dengan tissue.. 
selamat mencuba!! =))


p/s celup kentang tu jgn lama-lama, nt telur abis diserap kentang,hehe,