Siti Adibah

Puding Kastard Berkuah

2
 sejak dua menjak ni, abah suka order something yang best2..
semalam dia bawa balik bahan-bahan untuk buat puding

katanya " de, besok buat puding eh, ni barang nye, abah dah beli dah ni"
saya " huh??? aaa ok2"

sebelom ni dah penah buat puding, 
tapi tak salahkan tambah ilmu belajar resepi dari internet,
hikhikhik~ btw, ini la hasilnya puding tangan air saya sendiri, =))




Puding Kastard Berkuah

Bahan-bahan yang diperlukan untuk puding

1 cawan tepung kastard
4 cawan air 
3 sudu gula
sedikit susu cair, 

Cara-Caranya

1 cawan tepung kastard bersama 4 cawan air, dimasukkan kedalam periuk



then masukan 3 sudu gula pasir dan sedikit susu cair, sikit je, tak yah banyak2, 
lepastu masak atas api sederhana,sampai dia likat, then masukkan dalam bekas yang diingini, 



tada!! puding dah jadi.. 
make sure bekas untuk letak puding ni, dibasahkan terlebih dulu, 
supaya senang nak keluarkan puding, kemudian, 
biarkan puding tu diluar sekejap, 
agak-agak dah suam, baru masukkan dalam peti sejuk, 
kalu tak, nanti peti sejuk cepat rosak, 



Bahan-bahan untuk kuah

1 tin susu cair, -- baki guna sikit untuk dalam puding pon tak apa, 
1 tin mix fruit cocktail
1 1/2 cawan air
4 sudu gula
2 sudu tepung kastard


Cara-Caranya

1 tin susu cair dimasukkan kedalam periuk, saya guna marigold, pastu masukkan 4 sudu besar gula pasir


lepas tu, masukkan 2 sudu tepung kastard, 
then, masukkan air mix fruit cocktail tadi, air dulu eh, buah nanti
ala, air buah-buahan campuran tadi,
kacau atas api sederhana, sampai gula larut


bila gula dah larut, masukkan buah-buahan tadi,

**kalu ada yang berkenan nak masak sampai kuah pekat sikit, boleh jew,
ikut suka tekak korang la eh


tada!! kuah dah siap~ =))
boleh la masukkan dalam peti sejuk, 
tapi make sure bila dia dah suam eh, 
nanti peti sejuk tu terkejut, 



eh, eh, dah azan.. yea.. dah buka.. hehe~ 
tengok baby tu macam tengah azan.. 
comel kan??? 
=))



yeah~ apabila 2 hati bersatu~
ecececee~ siap dah..
makan semasa sejuk.. sedap!! =)) 

**alamak, bersepahnye pudingku dengan buah-buahan tu**
huhuhuhuhu



tapi macam ni la rupa dia bila tangkap gambar dekat-dekat~ 
sedap tu memang kompem la,
hehe~ 


selamat mencuba!! =))



2 comments: Leave Your Comments

  1. pudingnya ada...
    nak dadih!!!!!!

    ReplyDelete
  2. anonymous~ seperti kenal nada menjerit "nak dadih" tu~ haha~ =P dadih next-next time eh,

    ReplyDelete