Siti Adibah

Homemade air barli pure



Assalamualaikum semua,

hehe, entry diba hari ni mengenai Air barli, Air barli ni kwn diba yang suroh try minum time dia order dekat kedai, sejak tu la diba jatuh hati dengan air ni, sampai sanggup cari nak buat sendiri air barli ni kat rumah, hehehehe :)
BAHAN-BAHAN

5 sudu barli
2 liter air
 3 sudu makan gula


mula-mula 5 sudu makan barli tu diba basuh, dan diba toskan,
lepas tu masukkan dalam periuk beserta dengan 3 sudu makan gula
nak lagi sedap, tambah sekali daun pandan yang diikat, wangi~ =)


dengan api yang sederhana kecil, barli dapat masak sepenuhnya tanpa paksaan, alhamdulillah, dah kembang da barli tu, hehehe, nampak kan?? heheheh
lepas tu, diba ambil 3 sudu barli yang dah kembang tu,  berserta sedikit air rebusan barli tersebut, dan diba blendkan sammpai jadi sangat2 lumat, 
**nak blend lebih pon boleh, =)

after siap blend barli sampai lumat-lumat, diba pon tapis hasil tapis tu dan masukkan ke dalam bekas, 



tada!! jadi mcm air putih dalam cawan ni, ini lah hasil blend barli yang dah kembang tu =) 

then, ambil hasil blend tadi, dan tuangkan ke dalam bekas yang kita rebus barli tadi, 



sekarang, boleh la kacau isi dalam bekas tadi,
sekarang air rebusan barli pekat sikit, daripada yang asal =)
** seronok!! sebab 100% guna barli, tak da campur apa2 kordial pon, hehehe

kemuadian, boleh la di hidang, boleh diminum ketika suam ataupon sejuk ice, =)

nyum-nyum~ 
yea.. dah siap.. ini lah hasil 100% homemade  air barli pure, =)

sedap di hidang ketika cuaca panas,



ayam goreng tepung perisa tomyam


Assalamualaikum semua,
ahha.. entry hari ni, diba nak share sikit,resepinya ayam goreng tepung perisa tomyam
 resepi ini tetiba datang dekat kepala diba,
jap2, ini tanpa cek resepi di internet okey!
100% dari ilham sendiri, 
orang kata~ main cuba-cuba~
ehehehehehe




mula-mula, diba peram ayam dengan perencah tomyam knorr, dalam 30 minit,
jangan beri perencah tu sikit sangat, or banyak sangat lak,
main agak2 je, =)
boleh juga kalu nak campur sekali dengan beberapa keping daun purut yang sudah dipotong-potong

panaskan minyak yang banyak eh, untuk beri ayam tu masak sepenuhnya,
then diba sediakan telur sebiji gred A yang dah dipukul, nak guna apa2 gred pon boleh.. =)



then tepung jagung secukupnya

then, diba celupkan ayam tu kedalam telur,  ke dalam tepung jagung tadi,
dan terus masukkan ke dalam minyak sedang panas di dalam kuali,=)

senang kan, hehehehe

after that, ayam goren tu memang akan kelihatan putih,
al maklumlah guna tepung jagung, make sure api dijaga tau untuk pastikan ayam masak
after tepung tu kelihatan rangup, boleh la diangkat dan ditoskan
sedia untuk dihidang~

makan macam tu je pon dah sedap,
seyes ni, x bohong,
hehe =)



** ayam tu boleh juga kalu di perap bersama pes tomyam + daun purut, =) 


Event TM

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, diba baru je settle jadi pengiring untuk mak and adeq dalam pertandingan Tilawah alquran dan Hafazan TM peringkat Negeri Johor.

T.M Kluang telah dipilih utuk menjadi tuan rumah untuk upacara kali ini. alhamdulillah layanan yang kami terima pon sangat berpuas hati. Alhamdulillah, tahniah kepada mak, kerana merangkul gelaran johan kali ke dua dalam acara hafazan kali ini, dan kepada adik, alhamdulillah dapat naib johan. kalah adeq, kalah bermaruah, sbb dia kalah dengan johan kebangsaan tahun lepas, tak pe, teruskan usaha k hazim~ hehe

diba teman mak sehingga hafazan tamat, semua golongan peserta ada, kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan, fuh... semua baca dengan jayanya. ada juga gelagat adeq2 yang tak kering gusi ketika sedang membaca di depan hakim, heheheh~





alhamdulillah, tepat jam 2.30 upacara penyampaian hadiah berlangsung, dan semua peserta dan para pemenang bergambar. setiap johan setiap kategori akan diberi taklimat khas sebagai persiapan untuk ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung bulan 11 ini di putrajaya. InsyaAllah.


ni muka adeq comel yang duduk depan diba, serius muka dia sangat comel, bulu mata dia, sAubhanallah, melentik dan panjang sungguh.


bubur santan ayam




waaa.. entry kali ni betol2 favorite diba ok, heheheh~ suka sangat2..
kalu duduk shah alam, nak dapat bubur mcm ni, mesti pergi pak li kopitiam,
last2 terfikir, kenapa tak buat sendiri je, kan senang je buat bubur,

alhamdulillah, akhirnya, hari ni dapat sarapan dengan bubur santan + ayam
next time buat bubur ayam lak, ubah2 cikit resipe, =)

selamat menjamu selera, hehehe