Siti Adibah

burger!!



Assalamualaikum semua,
alhamdulillah rezeki Allah,
malam semalam dapat menikmati burger bakar abg burn + meat ball dia sekali
diba cuma pergi dekat cawangan dia sekat seksyen 7 shah alam je, tak silap diba tahun lepas or awal tahun ni cawangan tu baru buka,


okey!! malu!! sebab dah lama duduk shah alam, tapi ni baru first time cuba,
itu pon sbb roomate tetiba teringin nak makan jadi dia ajak sekali,  hehehe
tq rumet~  =)

kiterorg keluar dari rumah lepas magrib, walaupon cuaca macam hampir hujan, alhamdulillah dapat selamat sampai. dalam hati ""jangan la hujan sekarang"
hehehe~ sbb jalan kaki je kesana,
al maklum la student and  belum cukup duit nak beli kereta sendiri,
hehehe~ sabar eh, sabar,
sampai sana, hampir semua meja penuh, kiterorg pon tumpang meja org, huhuhu~
ramai betol pelanggan,
mana x nye, pilihan jalan-jalan cari makan tv3 kan.
hehehehe

tengok tu.. sampai beratur keluar

ini la yang kiterorg makan semalam, 

meat ball abg burn , rumet yang order
burger cheese chicken yang diba order
jap2..
air boleh refill percuma eh, harga air RM 1 je, heheheh
ada air ice lemon tea, sirap, kosong,
pilih je nak air ape, semua layan diri
hehehehhe

semalam terjumpa gelagat sekumpulan student ni, dia dok main2 campur ari dalam cawan dia, hahaha,
gud2.. diba tak pandang pelik, sebab semua tu perlu untuk proses pembelajaran
mana tau, nt diorg dapat idea hasilkan syarikan air dengan rasa tersendiri,
ahha..rezeki Allah, xda siapa yang tahu,
semua tu misteri, cuma kita kena usaha,
hehehe =)

okey, diba rasa kenyang sangat lepas makan burger tu, sampai perlahan-lahan abiskan masuk mulut sebenarnya, heheheh
nak menu dia ke? okeyh, jap eh,

pic amik dari google

pic amik dari pak cik google =)



Homemade air barli pure



Assalamualaikum semua,

hehe, entry diba hari ni mengenai Air barli, Air barli ni kwn diba yang suroh try minum time dia order dekat kedai, sejak tu la diba jatuh hati dengan air ni, sampai sanggup cari nak buat sendiri air barli ni kat rumah, hehehehe :)
BAHAN-BAHAN

5 sudu barli
2 liter air
 3 sudu makan gula


mula-mula 5 sudu makan barli tu diba basuh, dan diba toskan,
lepas tu masukkan dalam periuk beserta dengan 3 sudu makan gula
nak lagi sedap, tambah sekali daun pandan yang diikat, wangi~ =)


dengan api yang sederhana kecil, barli dapat masak sepenuhnya tanpa paksaan, alhamdulillah, dah kembang da barli tu, hehehe, nampak kan?? heheheh
lepas tu, diba ambil 3 sudu barli yang dah kembang tu,  berserta sedikit air rebusan barli tersebut, dan diba blendkan sammpai jadi sangat2 lumat, 
**nak blend lebih pon boleh, =)

after siap blend barli sampai lumat-lumat, diba pon tapis hasil tapis tu dan masukkan ke dalam bekas, 



tada!! jadi mcm air putih dalam cawan ni, ini lah hasil blend barli yang dah kembang tu =) 

then, ambil hasil blend tadi, dan tuangkan ke dalam bekas yang kita rebus barli tadi, 



sekarang, boleh la kacau isi dalam bekas tadi,
sekarang air rebusan barli pekat sikit, daripada yang asal =)
** seronok!! sebab 100% guna barli, tak da campur apa2 kordial pon, hehehe

kemuadian, boleh la di hidang, boleh diminum ketika suam ataupon sejuk ice, =)

nyum-nyum~ 
yea.. dah siap.. ini lah hasil 100% homemade  air barli pure, =)

sedap di hidang ketika cuaca panas,



ayam goreng tepung perisa tomyam


Assalamualaikum semua,
ahha.. entry hari ni, diba nak share sikit,resepinya ayam goreng tepung perisa tomyam
 resepi ini tetiba datang dekat kepala diba,
jap2, ini tanpa cek resepi di internet okey!
100% dari ilham sendiri, 
orang kata~ main cuba-cuba~
ehehehehehe




mula-mula, diba peram ayam dengan perencah tomyam knorr, dalam 30 minit,
jangan beri perencah tu sikit sangat, or banyak sangat lak,
main agak2 je, =)
boleh juga kalu nak campur sekali dengan beberapa keping daun purut yang sudah dipotong-potong

panaskan minyak yang banyak eh, untuk beri ayam tu masak sepenuhnya,
then diba sediakan telur sebiji gred A yang dah dipukul, nak guna apa2 gred pon boleh.. =)



then tepung jagung secukupnya

then, diba celupkan ayam tu kedalam telur,  ke dalam tepung jagung tadi,
dan terus masukkan ke dalam minyak sedang panas di dalam kuali,=)

senang kan, hehehehe

after that, ayam goren tu memang akan kelihatan putih,
al maklumlah guna tepung jagung, make sure api dijaga tau untuk pastikan ayam masak
after tepung tu kelihatan rangup, boleh la diangkat dan ditoskan
sedia untuk dihidang~

makan macam tu je pon dah sedap,
seyes ni, x bohong,
hehe =)



** ayam tu boleh juga kalu di perap bersama pes tomyam + daun purut, =) 


Event TM

Assalamualaikum semua..

alhamdulillah, diba baru je settle jadi pengiring untuk mak and adeq dalam pertandingan Tilawah alquran dan Hafazan TM peringkat Negeri Johor.

T.M Kluang telah dipilih utuk menjadi tuan rumah untuk upacara kali ini. alhamdulillah layanan yang kami terima pon sangat berpuas hati. Alhamdulillah, tahniah kepada mak, kerana merangkul gelaran johan kali ke dua dalam acara hafazan kali ini, dan kepada adik, alhamdulillah dapat naib johan. kalah adeq, kalah bermaruah, sbb dia kalah dengan johan kebangsaan tahun lepas, tak pe, teruskan usaha k hazim~ hehe

diba teman mak sehingga hafazan tamat, semua golongan peserta ada, kanak-kanak, remaja, dewasa, lelaki, perempuan, fuh... semua baca dengan jayanya. ada juga gelagat adeq2 yang tak kering gusi ketika sedang membaca di depan hakim, heheheh~





alhamdulillah, tepat jam 2.30 upacara penyampaian hadiah berlangsung, dan semua peserta dan para pemenang bergambar. setiap johan setiap kategori akan diberi taklimat khas sebagai persiapan untuk ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung bulan 11 ini di putrajaya. InsyaAllah.


ni muka adeq comel yang duduk depan diba, serius muka dia sangat comel, bulu mata dia, sAubhanallah, melentik dan panjang sungguh.


bubur santan ayam




waaa.. entry kali ni betol2 favorite diba ok, heheheh~ suka sangat2..
kalu duduk shah alam, nak dapat bubur mcm ni, mesti pergi pak li kopitiam,
last2 terfikir, kenapa tak buat sendiri je, kan senang je buat bubur,

alhamdulillah, akhirnya, hari ni dapat sarapan dengan bubur santan + ayam
next time buat bubur ayam lak, ubah2 cikit resipe, =)

selamat menjamu selera, hehehe



Test..test..test..

Petang ni.. Diba ada test material chemistry?
Pagi2 da bangun study,
Amboiiii.. Xcaya? Lorh...
Gambar bawah ni buktinya, hikhikhik =P
Hikhikhik, gambar x boleh bla, hahahaa
Btw, ni info pasal test petang
Paper : material chemistry
Tempat : B424
Masa : 4.00 pm
Yosh!, gambate, heehehe
Gudluck! Sebelum study kena sarapan air oligo dulu, hehehehehe, cukup la untuk beri tenaga di pagi hari, heheehheeh

Amanat ayahanda

Oyea.. Hari ni bangun awal sebab nak tgok ayahanda beri talk,
Heheheheheeh
Yeah, memang x ngantuk dengar amanat dia,
Hari ni ayahanda pakai baju coklat,
Waaa, cantik2.. Itu warna faveret diba ok,
Hikhikhik =)
Semua ada, satu negara tau,
Yang jauh2 boleh tengok kat web tv
Hehehehe, hebat kan,
Betapa pentingnya amanat ayahanda hari ni,
Ok la, nt diba update lagi ke, hikhikhik,
-peace-
Pic with my rumet + classmate + housmate, =)

High breakfast


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua =)
hehe~ malu nye dengan entry ni, 
macam bangun lambat pula rasanya, hehe =P





ok, diba nak gtau ni, itu la breakfast diba pagi ni, heheehe
sedap la, saper kata x sedap? 
tepuk kuat2 baru tau, 
hikhikhik

ini perut xda selera gara2 tengah minggu exam la ni,
hukhukhukh =(
ini jadual exam diba

Isnin : physical chemistry 
Selasa : organometallic
Rabu : material chemistry ( tetiba batal pulak) horay!!
khamis : advance electrochemistry
jumaat : occupational safety and health (get ready je)

waaaa!!!
biol! biol! biol otak diba =(






so kalu biol, jom la kita main ais skating

bwahahahahhahahaha

p/s : benda berlakon lebih2 pula~ =P


Bendi masak senggang


Assalamualaikum semua, =)
Hari ni diba nak share sayur yang diba masak hari ni,
Masak org bujang.. Yg biasa2 je la, hikhikhik


Bahan2

Bendi
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Asam keping



Cara2

Rebus air secukupnya untuk beri sayur berkuah
Then masukkan bawang merah, putih, ikan bilis, asam keping, kedalam air rebusan tadi,
Then dah naik bau, masukkan bendi, biarkan sampai bendi empuk
Dan tutup api, siap di hidang, 
=)

Makan malam muda mudi

Oh yeah, seronok, seronok,seronok, hikhikhik,
Sebab perut da kenyang, diba makan nasi goreng tomyam dekat petaling jaya
Tapi sayang, kedai tu agak.... Slow sikit, huhuhuhuhu
Lama member diba nunggu order, huhuhu
Tapi, jgn risau, mknan dia sedap ok, dekat jalan kampung pasr,
Xsilap diba nama kedai tu yen zai
Hikhikhikhik
K la, kiterorg nak sambung perjalanan ke destinasi seterusnya,
Ohyeah.. Jom kita enjoy!!! Hikhihkik
-Peace-

karipap pusar


Assalamualaikum, selamat pagi semua =)

hari ni diba sarapan karipap pusar inti kentang, 
sedap sgt, mak cik diba yang beri dekat diba, 
alang2 dia tau diba dekat shah alam duduk rumah sewa, 
tu yang dia beri kat diba, 
boleh buat goreng2 katanya, =)



diba suka sgt karipap dia, macam2 inti untuk karipap dia, 
contohnya: 


  • Inti kentang 
  • inti daging
  • Inti ayam
  • Inti sardin
semuanya dia packing, and usahakan sampai terbina nya

" Karipap Pusar Segera  Siti Fatimah "

rezeki tuhan tu sentiasa luas, alhamdulillah, perniagaan karipap pusar dia semakin berjaya
setahu diba, mcm2 tempat boleh dapat karipap dia, ada dekat sekolah, ada dekat kedai, org kenduri kahwin pon order dekat dia, 

menakjubkan! tapi memang serius sedap, 
terasa air tangan seorg ibu yang buat, =)

hopefully nt kalu diba buat kuih pon dapat la sedap mcm tu, hehehe~ 
sebab sebelum ni ada je kena complain, =P

diba tabik spring dengan mak cik diba ni, dia cuma bukak kilang karipap dia dekat rumah dia je, 
and at the same time, dia boleh urus rumah tangga tambah 4 org anak yang sedang bersekolah,

oh ye, diba lupa nak share kat mana kilang mak cik diba ni, 
tempat nye dekat je, dekat parit raja laut, muar
homemade, =)

ni no phone dia kalu ada yang berminat nak order, 

Rumah : 06-9534322





Kedai buku 1 malaysia

Assalamualaikum semua,
hari ni diba nak share dengan buku yang diba jumpa time jalan2 dekat fac petang td, =)




Tada... Best kan tajoknye, =)
Diba seronok sangat bila terjumpa buku ni, 
Dalam hati, ''waaa, nak beli, nak beli, nak beli"  =)

Sampai masuk kelas sambil tunggu lec masuk pon, diba terus baca, hehehehe
Ok la, sampai sini lu, diba nak sambung baca buku ni,
Selamat malam semua, semoga semua bermimpi indah, =)

-Benda nak berlaku-

Huwaaaaa~ :-(
Purse tertinggal kat rumah.. Hukhukhuk,
Sedar2 time dah ada kat shah alam,
Hukhukhukhuk shedey nye.. Huhuhuhuhu

Betol2 time tu x perasan, huhuhuhuhu,
Nasib baik parent tak bising.. Huhuhu
Hopefully purse sampai dengan selamat selasa nt,

Mood - lapar- nak makan asam pedas siakap mak kejap,

- Daa -

Pancing siakap

Hi, apa kabar semua? Semua mesti nak tau kan kenapa diba buat entry tajuk ni? Hehehehe
Sebenarnye, Abang2 and adik diba pergi mancing petang semalam, and tau2 sampai rumah after magrib, diorg dapat 11 ekor ikan siakap,
Waaaa, gambar ikan siakap nye ada seperti gambar yg diba upload dlm blog
Sedap wei, seronok buang sisik ikan ramai2, siang ikan ramai2, hehehehe, macam2 gelagat ada
Diba???? Heheheheh, malangnye ramai yg dah tolong, jd diba tengok je, hikhikhik,
Xpe la, kita buat tugas lain, masak nasi, hehehehe
Mak ckp nak buat ikan siakap kukus lemon, hehehe
Perghhhh, terus lapa perut diba,  padahal sebelum tu rasa kenyang, hahahaahah -gedik-
Kontang kanting, kontang kanting bersilat dekat dapur, hahahahaa, dari abg sulung sampai adik bongsu semua turun tolong mak, heheheheh
Seronok wei.. Tapi sayang sebab 2 org adik diba xbalik rumah waktu tu, huhuhuhuu =(
Tapi xpe, lain kali diorg g mancing lagi, insyaAllah, kalu ada rezeki, kenduri siakap lagi, heheheh
Oewh ye, diba nak gtau ni, diorg semua pergi mancing dekan parit bakar, muar, johor,
Tempatnya agak dalam sikit, tapi seyes murah, rm3 je satu pancing, hehehehe, datang2, jangan xdtg, and satu lagi, syarikat melayu wei, ni yang diba sokong ni, hehehhehe
K la, jem lak jalan highway ni, huhuhuhu, pening kepala diba duduk bahagian belakang kereta, huhuhuhuuhu, syedih.. Hukhukhuk,
Tido... Zzzzzzz
-peace-

Texi

Ayoyoyoyoyo,
Agaknye semua taxi dekat shah alam ni, xberada dalam rate yang betol ke? Hukhukhuk,
Perjalanan dari pusat komersial ke ktm padang jawa, mcm2 harga aku kena
First time, kena Rm 7.00
Second time aku kena RM 5.00
Third time aku kena Rm 3.00, sebb share dua org,(rm6)
Fourth time aku kena rm 9.20
And kali ni rm 10.00
Ayoyoyoyoyo,
Guna meter pon nak cekik darah ke?
Pokai ler duit aku.. Huhuhuhuhuhu, =(
Lagi satu..
Guna meter.. Tapi kalu kereta tu tgh stop traffic light pon, meter jalan, betol ke memang meter texi mcm tu??? Confius la, kalu ikut logic, mesin meter tu xperlu nak bergerak time tgh traffic light, huhuhuhuhu =(
Ada lagi ni...
Pakcik texi ni, diorg x set meter tu waktu kita masuk texi dia? Kadang2 pelik, masuk2, tapi kereta kosong, tapi meter dah ada nilai rm3.00, diorg memang set mcm tu ke? Or mesin tu memang mcm tu? Or diorg LUPA untuk set balik? Xsalahkan diorg, diorg pon manusia juga, xlari dari terlupa, tapi... Buat kerja tu elok2 la..
Lepas tu..
Before turun, try bersuara dekat pak cik tu,
''pak cik memang xguna meter ke?" pak cik tu jawab, xda duit kecik..
Dalam hati aku, patut la awal2 dah cakap rm10.00,
Padahal dekat meter cuma rm6.10, tolak rm3.00 yg memang dah sedia ada dalam meter texi sebaik saja aku melabuhkan punggung duduk di belakang,
Sepatutnya aku kena bayar cuma 3.10, huhuhuhuhuhhu
Bila tanye pasal meter dengan pak cik tu, and pak cik tu jawab xda duit kecik,
Aku pon, baiklah, kira halalkan la rm10 aku kat dia, mungkin dia rasa bersalah kot, sebab aku terkejut dia pulangkan aku baki rm2 kat aku,
Tak pe pakcik texi, duit tu kira halal je la eh, sebab nak buat bagi bini n anak2 makan,kan, xpe2, saya faham,
-Peace-