Siti Adibah

Roti Jala

0


Idea nak buat roti jala ni tetiba je datang, 
hujung-hujung lagi 30 minit nak buka, haha!
mungkin sebab tengok lauk berbuka hari ni tak ada kuih, 
alang-alang mak masak kari, 
ting!~ting! jom buat roti jala

**padahal belum pernah langsung buat roti jala ni~
terdetik di fikiran  " jadi roti kirai agaknya nanti, 
ah!~  buat je la~ ''  haha!~   

so, apa lagi, godah resepi dekat internet
dan inillah hasilnya~ =))


Roti Jala

Bahan-bahan yang diperlukan

300g tepung gandum
4 cawan air masak 
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning, guna serbuk kunyit pon boleh, =))


Cara-Caranya

Air Masak, 1 biji telur dan sedikit garam, dimasukkan dalam bekas, 
dan gaul untuk cukup-cukup rata je

then, masukkan acuan dalam blender bersama tepung, 
suka hati korang la eh nak blend berapa lama, 

adjust acuan korang supaya jgn terlalu cair, or jgn terlalu pekat eh




make sure tapis acuan yang baru di blend tadi eh, 
untuk asingkan apa-apa yang boleh membuatkan cetak roti jala tersumbat, =)) 
especially buih-buih lepas blend tadi~ 




inilah cetak roti jala tu, =)) 
bila kuali dah betul-betul panas, 
guna cetak ni untuk ambil acuan tadi,  
dekatkan sedikit dengan kuali, dan pusing-pusingkan atas kuali tu, hehe




mulakan dengan pusingan bulatan yang besar hingga ke bulatan yang kecik, 
masak dengan api sederhana, tunggu hingga agak-agak dah boleh angkat~ 

nak pusing ikut suka hati??? boleh jew~  asalkan tak puus-putus jadi roti kirai ~ =))


**jgn gelak tau~ ini baru first time buat roti jala~ belum pro lagi ni, huhu, 



tada!! dah jadi, tak sabar nak makan panas-panas semasa buka nanti~ =))


** kalu ada yang berkenan nak lipat or gulung roti jala ni pon boleh jew, =))




boleh la dimakan bersama kari ayam .. nyum-nyum~ sedap!! =))
p/s~ kari ayam tu, mak yang buat eh, bukan saya~  hehe~ 



alhamdulillah~ kenyang perut mak ngan abah, 
 lepas ni cuba lagi~ =))



Selamat Mencuba!! =)

0 comments:

Post a Comment